| SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KAHANG |
Sekolah Kebangsaan Kahang, Kluang telah dibina pada tahun 1948. Ia merupakan sebuah
sekolah Melayu yang terletak di perkampungan Melayu. Majoriti pelajarnya terdiri daripada
pelajar Melayu dengan Bahasa Melayu sebagaI bahasa penghantarnya.
Pada awalnya, sekolah ini merupakan sekolah satu sesi dan setiap kelas hanya ada satu
aliran. Sekolah ini unik kerana mempunyai cawangan.
Sekolah ini terus menampung pelajar yang semakin meningkat dan mula dikongsi bersama
dengan pelajar Cina, India dan anak-anak orang asli yang mendiami kawasan yang
berhampiran.
Sekolah Kebangsaan Kahang menjadi induk kepada 3 buah sekolah cawangan iaitu:
SK Punan
Terletak di perkampungan orang asli Kampung Punan kira-kira 50 km dari jalan utama
( Jalan Kluang-Mersing )- Sekarang telah beroperasi sendiri.
SK Ladang Sg Semberong
Terletak 24 km dari jalan utama (Jalan Kluang-Mersing). Masyarakat kampungnya
terdiri daripada pekerja dan pengurus ladang sekitarnya. Sekarang telah beroperasi
sendiri dan di dikenali sebagai SK Ladang Mutiara.
SK Ladang Sg Kahang
Terletak di Kampung Contoh Bt 22 setelah dipindahkan dari lokasi asal di Ladang Sg
Kahang. Kini telah ditutup dan semua muridnya telah dipindahkan ke SK Kahang.
Pembinaan blok bangunan tambahan :
1973- Sebuah blok 2 tingkat dengan sebuah pejabat pentadbiran, 6 buah bilik darjah,
2 buah tandas murid dan 2 buah tandas guru siap dibina.
1982- Sebuah blok 2 tingkat dengan 8 buah bilik darjah dan 3 buah tandas telah siap
dibina dan mula beroperasi.
1999- Sebuah blok 4 tingkat siap dibina dan menempatkan perpustakaan, makmal
sains, bilik muzik, bengkel kemahiran hidup, bilik audio dan bilik komputer.
>> Baca seterusnya
Visi
Mahu menjadikan Sekolah Kebangsaan Kahang antara salah satu sekolah 10 teratas dalam Daerah Kluang
Misi
- Ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa dan pengurusan yang berkesan
- Budaya kerja yang sepakat dan cemerlang
- Budaya sekolah yang releven dan sesuai dengan keperluan masyarakat
|